Wednesday, December 24, 2008

News on arwah Mak Ngah Dahlia

Pesara guru hilang ditemui mati
oleh IBRAHIM ISAibrahim@hmetro.com.my

TANGKAK: Kehilangan seorang pesara guru sejak lebih dua hari lalu terjawab dengan penemuan mayatnya yang ada kecederaan parah di kepala dan ditutup menggunakan bantal di atas katil di biliknya di Taman Seri Tangkak, di sini, semalam.Mangsa samun dan bunuh, Dahlia Abdul Majid, 59, pesara guru Sekolah Kebangsaan Ledang, di sini, ditemui anak perempuannya yang datang ke rumah berkenaan selepas usaha seorang lagi anak Allahyarham untuk menghubungi mangsa gagal, kira-kira jam 10 pagi semalam.

Difahamkan, anaknya datang mencari Allahyarham di rumahnya selepas seorang lagi anak Allahyarham yang belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam gagal menghubunginya beberapa kali sejak dua hari lalu.Keadaan menjadi bertambah pelik apabila jiran memberitahu Proton Iswara milik Allahyarham yang tinggal bersendirian di rumah berkenaan, juga tiada.

Berikutan itu, seorang anak perempuan mangsa yang tinggal berhampiran datang ke rumah ibunya dan membuka pintu menggunakan kunci pendua sebelum menemui Allahyarham di bilik tidur.

Difahamkan, sebelum kehadiran anaknya, pintu dan tingkap rumah berkenaan ditutup rapat, menyebabkan jiran mangsa tidak sedar dan menghidu bau mayat mangsa.Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli, berkata hasil siasatan, pihaknya percaya mangsa meninggal dunia sejak kira-kira dua hari lalu dan mempunyai kesan kecederaan hentakan senjata tumpul di kepala.

Menurutnya, polis percaya penjenayah disyaki memasuki rumah mangsa melalui tingkap yang rosak dan membunuh Allahyarham sebelum menggeledah rumah mangsa yang tinggal berseorangan.“Hingga kini, siasatan kami mendapati kejadian itu berunsurkan samun dan bunuh berikutan Proton Iswara dan beberapa barang berharga, termasuk kamera dan telefon bimbit milik mangsa, turut hilang.“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di mana jika sabit kesalahan, seseorang itu boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati,” katanya.

Berikutan kejadian itu, sepasukan khas ditubuhkan diketuai Pegawai Penyiasat Kanan daerah, Asisten Superintendan Ahmad Ridwan Mohd Nor, manakala pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Johor dihantar ke tempat kejadian untuk siasatan lanjut.

Berikutan itu, sesiapa yang ada maklumat berhubung kejadian berkenaan diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di 06-9526222 atau talian hotline 06-9526001 bagi membantu siasatan.

I remember her mostly from my younger days - she was quite famous in Melaka, for she was so good at pantun. I remember catching her on the radio in a few berbalas pantun programs. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, Amin.

No comments: