Wednesday, October 15, 2008

Syawal yang indah





1Syawal datang dan pergi, membawa seribu pengertian tentang ketulusan hati, kemaafan dan ikatan persaudaraan sesama insan.



Seperti biasa, kami sekeluarga beraya di Taman Maju, Chinchin dan Pondok Kempas (in that order). Agak ramai juga saudara-mara yang ditemui, terutama di sebelah suamiku, tak menang tangan melayan tetamu yang berkunjung.


Pada pagi raya, selepas yang lain pulang dari solat Aidilfitri, kami menuju ke pusara arwah Edi- ini kali kedua beraya tanpanya. Mahathir ada di sana, sayu suaranya membacakan surah Yasin buat adinda tercinta. Masa nak ke Chinchin, hujan mula turun, memaksa kami menangguhkan ziarah ke pusara arwah Tok Net. Sampai di Chinchin, apa lagi... makan! Selepas puas bergambar, kami ke rumah Tok Cu.


Tengahari, kami bertolak ke Selandar. Singgah dulu di pusara arwah Tok Net. Sayu rasanya mengingatkan nenek kesayanganku. Dah tiga kali raya tanpanya. Malah, dia tak sempat bertemu puteri bongsuku. Aisyah masih ingat akannya, seperti juga putera tunggalku yang memang sering ditimang "Oyang" setiap kali kami balik. Sewaktu airmata mengalir, anak gadisku, Aisyah, menegur- "Mummy sedih ke? ". Aku sekadar mengangguk. "Kenapa mummy menangis?" "Mummy rindu Nek Nyang". Betul, aku memang selalu teringatkan arwak Atok, sewaktu bulan puasa lalu, bertambah2 kuat rindu padanya. Somoga dia bahagia di sana, dengan doa dan ibadah tak putus2 dari anak2 dan cucu-cicit tercinta.

No comments: