Alhamdulillah, Ayum masih belum tinggal satu haripun puasa untuk Ramadhan kali ini. Aisyah menangis masa nak ke Taska. Baby biasalah, buat perangai pukul 4 pg... dah 2 hari pening tak cukup tidur...
Di pejabat, dah ramai mula bercuti. Anak2 murid Aviation pula, hari ini merupakan hari terakhir mereka. OJT mereka bermula selepas raya, kecuali Jeremy, yang akan memulakan program trainee pilot seminggu selepas raya. Pagi ni, berkereta seorang, sebab kak Bedah dan Rahim dah bercuti. Rahim naik flight ke Sabah pukul 7pg. Kak Bedah pula, anak2 di asrama & kolej balik hari ni. Tahun ni, dia sayu sikit, sebab Fakhri tak ada, dia berlepas ke Jordan 10 Ramadan yang lalu.
Malam tadi, sempat buat biskut choc chip. Dapatlah satu adunan - sedap!!! Sambil tu, tengok cerita Kekasihku Seru - barulah faham betul2, sebab dah tunjuk salasilah macaman bermulanya Waris...
Petang semalam juga, semasa ke JPS di Sek 4, terjumpa Gina... punyalah vogue minah tu dengan baju merahnya...Then, ke UiTM, Dr. Faizah dah balik. Jumpa Miya, borak2 kejap... Masa balik, dah hujan...
Ok, harap2 esok tak ada masalah nak bertolak sebelum pukul 8... minta2 selamat... Amin
No comments:
Post a Comment